KEMAMAN - Seorang tekong bot nelayan warga Vietnam didenda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen Kemaman, di sini, hari ini selepas didapati bersalah menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa lesen pada November 2017.
Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy turut memerintahkan tertuduh, Tran Van Loi, 31, dipenjarakan selama tiga tahun jika gagal membayar denda.