PM ucap selamat ulang tahun buat Pak Lah

Iklan
Foto Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat ulang tahun kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ismail Sabri, menerusi hantaran di laman Facebooknya turut mendoakan agar Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, dikurniakan kesihatan yang baik.

Iklan
Iklan

"Jasa dan sumbangan Pak Lah begitu besar kepada negara terutama dalam usaha membangunkan modal insan negara.

"Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Pak Lah dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam lindungan ALLAH SWT,” menurut hantaran itu.

Iklan

Abdullah menyambut ulang tahun kelahiran ke-82 pada Jumaat. - Bernama

Iklan