Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus

Iklan
Arman Rumaizi menziarahi Siti Nurdiana dan bapanya.

SHAH ALAM – Demi memastikan bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat mendapat penjagaan sewajarnya, seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan membawa lelaki itu tinggal bersama di kawasan kampus.

Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang merupakan anak tunggal, memilih untuk meneruskan pengajian sambil menjaga bapanya selepas kehilangan ibu sejak 2009.

Iklan
Iklan

Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memastikan kebajikan dan kesihatan bapanya terus terpelihara, meskipun perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.

Menurut kenyataan UPNM pada 5 November lalu, pihak universiti membantu menyediakan kemudahan penginapan bagi membolehkan Siti Nurdiana dan bapanya tinggal bersama di kampus sejak 25 Oktober lalu.

Iklan

Pegawai UPNM menziarahi Situ Nurdiana dan bapanya baru-baru ini.

Universiti itu turut membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar, Kedah bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajian tanpa perlu berjauhan dengan bapanya.

Iklan

"Selain kemudahan penginapan, UPNM turut menyelaraskan urusan akademik dan kebajikan pelajar berkenaan bagi memastikan tanggungjawab menjaga bapanya tidak menjejaskan pengajiannya.

"Pusat Kesihatan UPNM turut membantu menguruskan rujukan perubatan serta rawatan susulan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurutnya.

Kisah dua beranak itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad yang menziarahi mereka pada 5 November lalu.

Beliau difahamkan pernah bertemu keluarga berkenaan di Gunung Keriang, Kedah sebelum mengambil inisiatif memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.

Lebih menyentuh hati, keprihatinan terhadap nasib Siti Nurdiana turut ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Suktan Ibrahim yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan.