Program rintis Smart SBB tingkat sumber padi negara
Iklan
Gambar hiasan
KOTA BHARU - Projek Perintis Smart Sawah Berskala Besar (SMART-SBB) menerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dijangka dapat membantu meningkatkan sumber padi negara.
Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris berkata, menerusi projek perintis berkenaan ia sekurang-kurangnya dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi untuk menyokong sasaran peratusan tahap sara diri (SSL) sehingga 75 peratus.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, ia akan dilaksanakan selama enam musim penanaman padi termasuk yang telah bermula pada musim 2/2021 sehingga musim 1/2024 di Ladang Merdeka (LM) Jelor dan LM Meranti.
"Keluasan penanaman padi di LM Jelor adalah seluas 38.52 hektar yang melibatkan pemilik tanah seramai 159 orang. Purata hasil yang dicapai pada Musim Luar 2020 adalah 4.66 tan per hektar.
Iklan
"Manakala LM Meranti pula berkeluasan 35.67 hektar melibatkan pemilik tanah seramai 134 orang dengan purata hasil yang dicapai pada Musim Luar 2020 adalah 6.60 tan per hektar,” katanya pada Rabu.
Nik Roslan berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti sebidang tanah padi yang tidak diusahakan dengan keluasan 100 hektar di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas.
Iklan
Beliau berkata, tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Kelantan Negeri Kelantan (PKPNK) itu dicadangkan untuk diusahakan sebagai projek perintis yang sama.
"Dianggarkan kos diperlukan untuk membangunkan kemudahan prasarana, infrastruktur pengairan dan sebagainya untuk ladang seluas 100 hektar itu berjumlah RM8.3 juta.
"Sekiranya projek perintis ini mencapai kejayaan sebagaimana disasarkan maka ia akan diperluaskan ke kawasan lain,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>