Richiamo Coffee, UiTM perkasakan golongan OKU
Iklan
Muhammad Zamry (kanan) bertukar dokumen MoU dengan Prof Ts Dr Roziah sambil disaksikan oleh Ras Adiba pada Isnin.
PUNCAK ALAM - Richiamo Coffee Sdn Bhd, melaksanakan inisiatif tanggungjawab social korporatnya (CSR) dengan mewujudkan kerjasama bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi memperkasakan golongan orang kelainan upaya (OKU) di institusi pengajian itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhammad Zamry Abu Samah berkata, inisiatif CSR yang dikenali sebagai Projek Keusahawanan Sosial direalisasikan dengan pembukaan tiga kafe Richiamo Coffee di Kampus UiTM.
Iklan
Iklan
Katanya, melalui kerjasama itu, maka wujudlah pertukaran MoU yang diterjemahkan melalui tanggungjawab, komitmen dan kepedulian UiTM dan pihak industri terhadap komuniti kurang bernasib baik terutamanya warga OKU.
"Projek ini merupakan yang pertama seumpamanya di institusi pengajian tinggi di negara ini untuk golongan OKU di mana kami membuka tiga cawangan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan OKU UiTM (UPO) sebagai rakan strategik rasmi,” katanya kepada pemberita pada Isnin.
Iklan
Tiga cawangan yang telah dan akan dibuka di Kampus UiTM ialah Attijarah UiTM Puncak Alam (dibuka 1 Oktober 2021), Lobi Pejabat Rektor UiTM Puncak Alam (dalam proses pembukaan jangkaan Disember 2021) dan di Canseleri Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam (dalam proses pembukaan – jangkaan Disember 2021).
Menurut Muhammad Zamry, pihaknya telah berbincang dengan UPO dan bersetuju untuk menyediakan 40 peratus pekerja sepenuh masa atau separuh masa adalah OKU dan B40.
Iklan
"Selain UiTM kerjasama ini juga turut melibatkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Meru di bawah projek keusahawanan sosial dan akan diluaskan ke PPKI di sekolah-sekolah lain dalam masa terdekat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>