Peratusan mengundi rendah, Muhyiddin buat gesaan saat akhir

Iklan
Muhyiddin. - Foto fail Bernama

SHAH ALAM - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat gesaan saat akhir agar pengundi di Melaka menunaikan tanggungjawab mereka untuk turun mengundi.

Menerusi satu rakaman video, beliau menyatakan bahawa tempoh mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal berakhir pada jam 5.30 petang dan peratusan keluar mengundi masih rendah iaitu kurang 60 peratus.

Iklan
Iklan

"Kurang dua jam dari sekarang, pusat pengundian bagi PRN akan ditutup. Setakat ini, peratusan mereka yang keluar mengundi masih rendah, iaitu kurang daripada 60 peratus.

"Saya merayu kepada pengundi yang belum keluar menunaikan tanggungjawab, segeralah berbuat demikian. Manfaatkanlah tempoh masa yang masih bebaki ini untuk keluar mengundi. Bawa sekali ahli keluarga, rakan serta sahabat handai yang belum berbuat demikian.

Iklan

"Undi anda penentu masa depan bagi penubuhan sebuah kerajaan negeri yang prihatin rakyat dan berintegriti. Prihatin Rakyat, Melaka Bangkit Gemilang,” katanya menerusi rakaman video tersebut pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi makluman di Facebook rasmi mereka pada jam 4 petang Sabtu memaklumkan bahawa statistik keluar mengundi biasa bagi PRN Melaka Ke-15 pada jam 3 petang ialah 57 peratus.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my