Polis beri jaminan pengundian PRN Melaka esok lancar

Iklan
Anggota polis yang akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses PRN Melaka pada Sabtu ini.

MELAKA - Polis memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu akan berjalan lancar.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, bagi menghadapi situasi tersebut, pihaknya menggerakkan semua elemen yang ada dalam kontinjen pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya turut mendapat bantuan sumber manusia daripada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang telah diatur gerak kerja bagi menghadapi segala kemungkinan ancaman keselamatan dan ketenteraman awam.

"Saya meminta semua pengundi yang layak mengundi untuk beramai-ramai menjalankan hak dan tanggungjawab. Tidak perlu khuatir atau gusar akan keselamatan diri.

Iklan

"PDRM akan memastikan proses pilihan raya ini berjalan dengan lancar dan selamat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari kelepasan am sempena PRN Melaka

PRN Melaka ditetapkan pada 20 November

Abdul Majid berkata, amaran dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menimbulkan provokasi melampau sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan.

Iklan

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my