Hari kelepasan am sempena PRN Melaka

Gambar hiasan - Foto fail Bernama
Gambar hiasan - Foto fail Bernama
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri memutuskan Sabtu ini (20 November) sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi membolehkan rakyat Melaka menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad berkata, penetapan Hari Kelepasan Am Khas itu dibuat berdasarkan peruntukan Subseksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

“Ia adalah bagi membolehkan rakyatnya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi sempena PRN Melaka,’’ katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pilihan Raya Negeri Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: