JB masih 'juara' kes denggi
Iklan
Sukarelawan membersihkan kawasan longkang di sekitar Jalan Nenas, Taman Kota Masai, hari ini.
PASIR GUDANG- Daerah Johor Bahru masih menjuarai carta kes denggi di negeri ini.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal berkata statistik menunjukkan peningkatan kes sebanyak 99.6 peratus.
Iklan
Iklan
"Sejak Januari, Johor mencatatkan enam kematian akibat demam denggi sehingga 2 Mac lalu.
"Daerah Johor Bahru masih lagi jadi penyumbang utama kes denggi di negeri ini," katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 Peringkat Negeri Johor di Taman Kota Masai, hari ini.
Iklan
Mengulas soal program hari ini, Dr Sahruddin berkata pencegahan paling asas ialah membersih dan memusnahkan bekas-bekas berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk.
"Mudah sahaja, hanya 10 minit setiap hujung minggu cari dan musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.
Iklan
"Sentiasa gotong-royong bersihkan persekitaran tempat tinggal dalam dan luar rumah. Lagi banyak gotong-royong lebih baik demi kebersihan," katanya.
Program gotong-royong dijalankan serentak seluruh negeri Johor.
Beliau turut menegur sikap masyarakat yang mengabaikan kebersihan persekitaran.
"Sikap orang kita ini mudah, buka pintu buang sampah. Kita mudah buang sampah di luar rumah berbanding buang sampah dalam rumah. Mudah buang sampah di luar kenderaan di banding bawa sampah itu balik.
"Itulah sikap masyarakat kita. Dia tak nak rumah dia kotor tapi tak kisah kalau rumah jirannya kotor. Dia tak nak kereta dia kotor tapi tak kisah kalau jalan raya kotor," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>