Polis kesan 7 kanak-kanak lari dari rumah perlindungan

Iklan
Ramli Mohamed Yoosuf

KUANTAN - Polis sedang mengesan tujuh penghuni kanak-kanak sebuah rumah perlindungan di sini yang dipercayai melarikan diri dari pusat itu pada Isnin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, usaha mengesan kanak-kanak berusia antara 12 hingga 15 tahun itu dilakukan selepas menerima laporan behubung kehilangan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dikesan 'hilang' dari rumah berkenaan oleh rakan sebelum dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

"Motif mereka bertindak demikian dan bagaimana mereka keluar masih dalam siasatan," katanya pada sidang akhbar Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.

Iklan

Ramli berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan agar segera memaklumkan kepada pihak polis.

"Kanak-kanak ini mungkin sedang bersembunyi atau berlindung di tempat tertentu, justeru kerjasama orang ramai amat diharapkan untuk mengesan mereka.

Iklan

"Kita bimbang keselamatan mereka jadi usaha mengesan semua kanak-kanak ini sedang dijalankan," katanya.