Aligator baham aligator

Iklan
Seekor aligator membaham haiwan sejenisnya yang lebih kecil di Mukim Horry, Carolina Selatan, baru-baru ini. - Foto Taylor Soper

COLUMBIA - Seekor aligator yang bersaiz besar membaham seekor lagj aligator di Mukim Horry, Carolina Selatan, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Kejadian itu dirakamkan menerusi video oleh seorang lelaki, Taylor Soper dari belakang rumah ibu dan bapanya.

Iklan
Iklan

Video itu kemudian dimuat naik ke Twitter yang memperoleh jutaan tontonan dan turut mendapat perhatian netizen di laman Facebook.

Seorang penangkap ular, Russell Cavender menganggap sudah menjadi kebiasaan aligator bersaiz besar membaham haiwan sejenisnya tetapi mempunyai saiz yang lebih kecil.

Iklan

Menurut Cavender, aligator yang bersaiz kira-kira lebih tiga meter itu tidak mempunyai masalah untuk membaham aligator bersaiz hanya kira-kira 1.82 meter.

Aligator ialah haiwan mirip buaya yang banyak terdapat di AS terutamanya di Florida. - Agensi

Iklan