Kerjasama kerajaan buka semula ekonomi dapat penghargaan UK
Iklan
Azmin menerusi tulisan di Facebooknya pada Jumaat.
SHAH ALAM – Kerjasama kerajaan Malaysia untuk membuka semula ekonomi mendapat penghargaan daripada kerajaan United Kingdom (UK).
Perkara itu dikongsikan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Facebook beliau pada Jumaat mengenai pertemuannya dengan Setiausaha Negara Perdagangan Antarabangsa dan Presiden Lembaga Perdagangan UK, Anne-Marie Trevelyan.
Iklan
Iklan
"Dalam pertemuan itu, kami mengkaji semula strategi yang diguna pakai oleh Malaysia dan UK untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dalam menuju fasa endemik.
"Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama kerajaan Malaysia untuk membuka semula ekonomi kerana sektor automatif mereka terjejas akibat pandemik (Covid-19) dan menyatakan peranan Malaysia dalam rantaian bekalan global adalah amat penting,” katanya yang memuat naik gambar pertemuan terbabit.
Mohamed Azmin (kiri) bersama Setiausaha Negara untuk Perdagangan Antarabangsa dan Presiden Lembaga Perdagangan UK, Anne-Marie Trevelyan dalam pertemuan mengkaji semula strategi yang diguna pakai oleh Malaysia dan UK untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi dalam menuju fasa endemik.- Foto Facebook Azmin
Iklan
Mohamed Azmin berkata, beliau turut berkongsi mengenai komitmen Malaysia dalam menerajui agenda teknologi hijau.
"Kedua-dua kerajaan diharap dapat terus memperkukuhkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan demi kepentingan bersama.
Iklan
"Pertemuan ringkas ini berakhir dengan perbincangan tentang '12th Ministerial Conference' yang akan datang dan kami berdua berharap untuk mendapatkan hasil yang bermakna daripada perjumpaan kelak,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>