Mesyuarat MPFN lulus dua dasar utama perancangan bandar, desa: PM
Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap ketika kunjungan hormat secara maya Menteri Pertahanan Lima Negara sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan (FDMM) ke-11 dan Sambutan Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA) ke-50 di Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) hari ini meluluskan dua dasar utama berkaitan perancangan bandar dan desa, serta bersetuju terhadap cadangan penubuhan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mempengerusikan mesyuarat MPFN ke-39 itu berkata, dua dasar berkenaan yakni Rancangan Fizikal Negara Ke-4 (RFN4) dan Rancangan Fizikal Zon Persisiran Pantai Negara-2 (RFZPPN-2), disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Iklan
Iklan
"RFN merupakan dokumen peringkat tertinggi dalam sistem perancangan guna tanah negara.
"Selaras dengan keperluan peruntukan di bawah subseksyen 6B (4) Akta 172, RFN hendaklah dikaji semula setiap lima tahun, selaras dengan penyediaan Rancangan Malaysia Lima Tahun atau jika dan apabila diarah oleh MPFN,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Iklan
Iklan
RFN4 disediakan untuk menentukan arah tuju pemajuan fizikal termasuk ekonomi, alam sekitar dan sosial bagi seluruh kawasan perancangan di Semenanjung dan Labuan serta memerlukan penglibatan pelbagai pihak di setiap peringkat perancangan dan pembangunan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>