Tiga kanak-kanak hilang dihanyutkan air pasang

Iklan
Orang ramai turut membantu mencari 3 mangsa yang dikhuatiri lemas di lokasi. - Foto: ihsan pembaca

SETIU - Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik dikhuatiri lemas selepas bermain air di muara sungai Kampung Mangkuk di sini petang Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, tiga mangsa berusia 7 hingga 11 tahun itu dikatakan bersama enam lagi ahli keluarga lain iaitu tiga dewasa dan tiga lagi kanak-kanak bermain air di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, berlaku air pasang sebelum menghanyutkan sembilan mangsa bagaimanapun tiga orang dewasa hanya sempat menyelamatkan tiga kanak-kanak manakala tiga lagi kanak-kanak gagal diselamatkan sebelum hilang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu berkata, bilik gerakan operasi JBPM Terengganu telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian, kira-kira jam 5 41 petang sebelum tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu bersama sebuah jentera water tander dan sebuah jentera EMRS telah digerakkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Tindakan susulan dari JBPM Terengganu, membuka pos kawalan bomba serta mengarahkan sembilan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuala Terengganu dan BBP Jertih bersama dua buah bot aluminium untuk segera ke lokasi bagi meneruskan Operasi Mencari dan Menyelamat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.