Serangan bom di timur Afghanistan ragut 16 nyawa

Iklan
Pasukan keselamatan Afghanistan melakukan rondaan di tapak serangan.

KABUL - AFGHANISTAN . Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan berkembar di bahagian timur Afghanistan, semalam.

Polis berkata dua penyerang meletupkan bom berhampiran sebuah syarikat pembinaan di lapangan terbang Jalalabad.

Iklan
Iklan

Enam kakitangan syarikat berkenaan antara mangsa yang maut.

"Dua penyerang berani mati meletupkan bom yang diikat pada badan mereka, manakala dua lagi rakan mereka ditembak mati tanpa sempat meletupkan diri," kata jurucakap Gabenor Nanggarhar, Attaullah Khogyani, hari ini.

Iklan

Tambahnya, operasi mengesan saki baki penyerang masih giat dijalankan dan tiada angka rasmi mangsa cedera dikeluarkan.

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan, tetapi Taliban dan kumpulan militan Daesh turut aktif di wilayah tersebut. - Agensi

Iklan