Keahlian Idris, Nor Azman dalam UMNO gugur

Iklan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Pengerusi Barisan Nasional Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (dua, kanan) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang turut hadir pada sidang media mengenai kemelut politik semasa, hari ini - Foto Bernama

ALOR GAJAH - [DIKEMASKINI] UMNO Melaka mengesahkan keahlian ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dalam parti itu gugur secara automatik selepas mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pengerusinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, ia susulan dua dari empat wakil rakyat kerajaan itu iaitu ADUN Pantai Kundor, Datuk Noor Azman Hassan dan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron membuat kenyataan menarik diri daripada menyokong kepimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan itu tidak seharusnya berlaku kerana Melaka baru sahaja beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berada di landasan untuk melestarikan rakyat namun sudah berdepan tekanan politik mereka.

Katanya, oleh itu pihaknya menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam untuk menyelesaikan atau meleraikan kemelut politik berkenaan mengikut Perkara 9 selain mengikut 19(2) Perlembagaan Negeri di mana Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Iklan

"Terserah kepada Tun (Mohd Ali) sama ada DUN akan dibubarkan atau sebaliknya dan kebijaksanaan Tun untuk mengimbangi kepentingan rakyat ketika kita menghadapi tekanan politik ini.

"Apabila dipanggil Tun saya akan pergi (menghadap)," katanya ketika sidang akhbar di kediaman beliau di Masjid Tanah, pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan mereka dianggap duri dalam daging apabila menterjemahkan ketidakpuasan hati kepada pihak pembangkang.

"Mereka seharusnya mengutamakan ketua tetapi apa yang berlaku kerana ingin mencapai cita-cita dan kepentingan semata-mata.

"Saya dimaklumkan semua keputusan kerajaan negeri dibuat bersama, jika tidak setuju cakap dalam mesyuarat, kenapa nak bawa di luar mesyuarat. Sepatutnya ketua dimaklumkan dahulu sebelum orang luar," katanya.

Bagaimanapun ujarnya, UMNO negeri dan Barisan Nasional (BN) negeri bersedia berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN:Melaka bakal bertukar tangan?

ARTIKEL BERKAITAN:Politik Melaka: Dua wakil rakyat kerajaan didakwa buat pusingan U

ARTIKEL BERKAITAN:4 ADUN Melaka umum hilang percaya terhadap Ketua Menteri