PRN Melaka: Ujian getir kelangsungan PH, Bersatu dan Bersama
Iklan
Keputusan PRN Melaka bakal menjadi kayu ukur sentimen pengundi terhadap konfigurasi politik semasa, selain petunjuk awal kekuatan parti-parti menjelang kemungkinan PRU16. Foto Bernama
PERSAINGAN merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November ini bukan sekadar medan menentukan kelangsungan penguasaan Gelombang Biru yang kini dibarisi gabungan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, ia menjadi ujian getir terhadap kekuatan Pakatan Harapan (PH) khususnya dalam mempertahankan beberapa kerusi panas yang kini berdepan perubahan sokongan pengundi.