Air Terjun Kota Tinggi ditutup sementara

Iklan
Saipol Rahman (lima, kanan) ketika proses pengambilalihan Kota Tinggi Water Fall dari pihak swasta.

KOTA TINGGI - Air Terjun Kota Tinggi atau lebih dikenali sebagai Kota Tinggi Water Fall akan ditutup sementara bagi menyelesaikan proses penyerahan aset oleh pemilik.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, Saipol Rahman Amat berkata, sebagaimana arahan kerajaan negeri, pentadbiran Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) telah diamanahkan bagi pengambilalihan pengurusan air terjun berkenaan bermula Ahad 3 Mac 2019.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu pihak MDKT terpaksa melakukan penutupan operasi Kota Tinggi Water Fall bagi tempoh sementara bagi menyelesaikan proses penyerahan aset oleh pemilik sebelum ini.

"MDKT juga dalam tindakan untuk melaksanakan penyelenggaraan asas untuk kemudahan pengunjung di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Tambahnya, operasi Kota Tinggi Water Fall ini akan dibuka semula dalam tempoh terdekat setelah perkara-perkara berkenaan diselesaikan.

Jelasnya, segala kesulitan dan ketidakselesaan pengunjung ke Kota Tinggi Water Fall adalah amat dikesali.

Iklan

"Pihak pentadbiran sedang berusaha bagi memastikan Kota Tinggi Water Fall yang merupakan pusat rekreasi air keluarga ini dapat dibuka seberapa segera," katanya.