Sektor pelancongan, PKS diberi tumpuan dalam bajet 2022
Iklan
Tengku Zafrul
KERAJAAN akan menumpukan beberapa sektor yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 termasuk pelancongan, peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam Bajet 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Selain itu, unjuran pertumbuhan ekonomi negara akan turut diumumkan dalam pembentangan belanjawan tersebut pada 29 Oktober depan, kata beliau.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kerajaan optimis ekonomi negara mampu pulih pada tahun hadapan yang turut selari dengan unjuran pertumbuhan positif oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia bagi 2022.
Malah, katanya, ini boleh dicapai menerusi komitmen tinggi kerajaan untuk memulihkan semua sektor terjejas akibat pandemik itu walaupun tempoh pemulihan mungkin berbeza serta bergantung kepada sektor ekonomi berkenaan.
Iklan
"(Oleh itu) dalam pembentangan belanjawan itu nanti, kita akan memberikan tumpuan dan bantuan kepada semua sektor termasuk sektor yang paling terkesan iaitu pelancongan, peruncitan dan PKS yang terjejas.
"Pada tahun ini Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur tumbuh antara tiga peratus hingga empat peratus manakala IMF serta Bank Dunia memberi unjuran lima peratus hingga enam peratus bagi 2022.
Iklan
"Ini menunjukkan ekonomi kita akan pulih pada tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Limbahan/Jeti Sudin dekat Tasik Bera di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. -Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>