Sipzz lancar flagship store pertama di Malaysia

Iklan
Koleksi edisi terhad Sipzz, iaitu Koleksi Spring dan Koleksi Mew Mew

 

JENAMA tumbler gaya hidup Gen-Z yang diasaskan di Singapura, Sipzz secara rasmi melancarkan Flagship Store pertama di Paradigm Mall di sini.

Iklan
Iklan

Pengurus Pemasaran Sipzz Malaysia, Catherine Soo berkata, sempena pembukaan rasmi Flagship Store di Malaysia, Sipzz turut memperkenalkan dua koleksi edisi terhad yang menarik, iaitu Koleksi Spring dan Koleksi Mew Mew.

Menurutnya, koleksi Spring menampilkan rekaan yang segar dan ceria dengan vibe musim bunga, manakala Koleksi Mew Mew pula comel, kreatif dan penuh personaliti.

Iklan

"Kedua-dua koleksi ini menambahkan lagi sentuhan unik dan segar dalam rangkaian tumbler Sipzz.

"Pengunjung juga dapat menyaksikan keseluruhan koleksi tumbler Sipzz, memilih warna kegemaran mereka dan mengukir nama sendiri, menjadikan setiap tumbler unik dan peribadi.

Iklan

"Dengan harga dari RM49.90 untuk coffee cups sehingga RM149.90 untuk mega bottles, Sipzz menawarkan kualiti premium dan reka bentuk kreatif pada harga mampu milik, sesuai untuk pelbagai gaya hidup," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Catherine Soo (kanan) bersama barisan pengurusan dan kakitangan Sipzz sempena pembukaan Flagship Store pertama di Malaysia

Selain Flagship Store di Paradigm Mall PJ, Sipzz bakal memperluaskan rangkaian mereka dengan pembukaan kedai konsep di Paradigm Mall JB, Sungei Wang Plaza, 1st Avenue Penang, JBCC dan Sunway Square pada suku pertama 2026.

Pengunjung juga boleh membeli Sipzz di store-in-store Tataa & Friends atau secara dalam talian melalui Shopee dan TikTok Shop.

Catherine berkata, berkonsepkan rekaan warna pastel yang menarik, Sipzz mengajak pelanggan untuk mengekspresikan mood, warna dan keunikan personaliti mereka sambil menggalakkan pengambilan air setiap hari bagi kesejahteraan yang lebih baik.

Ujarnya, berdasarkan falsafah 'Drop the Boring, Sip the Fun', Sipzz mentakrifkan semula pengambilan air dan kepentingan hidrasi sebagai lebih daripada sekadar rutin harian.

Pelanggan berpeluang memilih aksesori Sipzz Tumblers yang mengikut citarasa mereka

"Sipzz dicipta untuk menjadikan rutin meminum air sesuatu yang menyeronokkan dan ekspresif.

"Apabila hidrasi menjadi seronok dan peribadi, orang akan secara semula jadi minum lebih banyak air. Matlamat kami adalah untuk menjadikan tabiat minum air lebih mudah, menyeronokkan, dan sebahagian daripada rutin harian gaya hidup sihat,"katanya.

Dengan warna pastel yang estetik dan lengkungan lembut, tumbler Sipzz diperbuat daripada keluli tahan karat 304 gred makanan, menawarkan ketahanan, keselamatan dan pengekalan suhu yang lebih baik berbanding kebanyakan tumbler konvensional.

Produk terpilih Sipzz, termasuk H2O Medium dan H2O Large telah disahkan SGS, memberikan jaminan tambahan dari segi kualiti dan keselamatan untuk penggunaan harian.