Singapura siasat lima insiden gastroenteritis

Iklan
Singapura menyiasat lima insiden gastroenteritis membabitkan 23 orang yang dilaporkan mengalami gejala itu selepas makan kuih bulan dari Malaysia.(Gambar hiasan)-Foto 123rf

SINGAPURA - Singapura sedang menyiasat lima insiden gastroenteritis membabitkan 23 orang yang dilaporkan mengalami gejala itu selepas makan kuih bulan dari Malaysia.

Dalam satu kenyataan bersama, Kementerian Kesihatan Singapura dan Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, seorang dimasukkan ke hospital dan sudah dibenarkan keluar manakala yang lain sama ada mendapatkan rawatan pesakit luar, berubat sendiri atau sembuh tanpa rawatan.

Iklan
Iklan

Kuih bulan tersebut dijual di kedai-kedai runcit di Singapura.

"SFA telah mengarahkan pengimport segera hentikan jualan serta pengedarannya dan menarik balik produk berkenaan dari pasaran,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Gastroenteritis adalah radang perut dan usus yang menyebabkan cirit-birit, kekejangan perut, mual atau muntah, serta demam, akibat makanan atau air yang tercemar. - Bernama

Iklan