Guru tolak vaksin di Terengganu menurun
Iklan
Salim Ab Ghani
KUALA TERENGGANU – Jumlah guru yang menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Terengganu dilaporkan semakin berkurangan selepas kumpulan itu diberi penerangan dan kefahaman tentang kepentingan vaksin.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Salim Ab Ghani berkata, sejak berita lebih 100 guru di negeri ini menolak vaksin dilaporkan, sudah ada guru daripada golongan tersebut mula terbuka hati untuk menerima vaksin.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, data terkini baki guru yang masih berkeras menolak vaksin masih belum diperoleh.
"Apa pun, kita sentiasa beri peluang kepada mereka dan sekiranya ingin divaksin, boleh pergi ke PPV (pusat pemberian vaksin) pada bila-bila masa sahaja secara walk-in,” katanya ketika ditanya perkembangan terkini guru yang menolak vaksin di Terengganu.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pemberian vaksin Covid-19 kepada pelajar bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman, di sini pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan lebih 100 guru sekolah di Terengganu menolak untuk menerima vaksin Covid-19 atas pelbagai alasan.
Iklan
Bagaimanapun, angka itu hanya mewakili peratusan kecil daripada jumlah keseluruhan guru di negeri ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 100 guru di Terengganu tolak vaksin
Mengulas persediaan sesi persekolahan secara bersemuka pelajar sekolah di negeri ini pada 3 Oktober nanti, Salim berkata, semua sekolah terlibat sudah melakukan persediaan bagi menyambut kehadiran pelajar.
Katanya, dianggarkan 17,000 pelajar Tingkatan Lima dan 2,000 pelajar Tingkatan Enam di negeri ini akan memulakan pembelajaran secara bersemuka nanti.
"Tapi sekiranya ada ibu bapa yang masih keberatan untuk benarkan anak-anak ke sekolah secara fizikal, terpulang kepada mereka dan ia tidak menjadi kesalahan disiplin. Cuma ibu bapa perlu serahkan surat makluman sebagai rekod kita,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>