Belum ada pelancong kena kompaun di Langkawi
Iklan
Penumpang pesawat mendaftar masuk di kaunter sebelum memulakan perjalanan dari Ipoh ke Pulau Langkawi. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Pematuhan orang ramai terhadap prosedur operasi standard (SOP) sempena pembukaan semula Pulau Langkawi di bawah Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi berada pada tahap memuaskan.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, setakat hari keempat pembukaan pulau pelancongan tersebut, tiada sebarang kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Iklan
Iklan
"Pengunjung di kawasan tumpuan ramai di Pulau Langkawi juga didapati mematuhi SOP seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Saya nasihatkan agar semua pengunjung terus mematuhi SOP, daripada memulakan perjalanan ke pulau peranginan ini sehinggalah pulang semula ke destinasi masing-masing,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Khamis lalu, Shariman memaklumkan polis membuat pemantauan di 22 lokasi meliputi 10 tempat rekreasi, sembilan pusat beli-belah dan tiga di pintu masuk utama pulau terbabit.
Beliau berkata, pihaknya akan meneruskan pemantauan bagi memastikan pematuhan SOP terus berjalan terutama di tempat awam seperti memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>