Tanam pokok ganja dalam kondo
Iklan
Pegawai penyiasat Narkotik Timur Laut menunjukkan dadah dan pokok ganja yang dirampas daripada pasangan suami isteri di sebuah kondominium di Ayer Itam pada Selasa.
GEORGETOWN - Pasangan suami isteri ditahan selepas dikesan menanam pokok ganja dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Ayer Itam, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan yang dilakukan pada jam 1.30 pagi itu hasil risikan dan maklumat yang diperoleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Timur Laut dan berjaya menahan suspek lelaki berusia 38 tahun di bahagian bawah kediamannya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemeriksaan dilakukan terhadap lelaki yang bekerja sebagai pengurus sebuah stesen minyak itu menemui tiga paket lut sinar berisi dadah jenis ganja dan syabu.
"Hasil soal siasat yang dilakukan terhadap suspek membawa polis ke kediaman yang disewanya di kondominium berkenaan sebelum menemui 13 paket ganja dan peralatan menghisap dadah di ruang tamu.
Iklan
"Pemeriksaan lanjut dalam rumah berkenaan menemukan dua batang pokok ganja belum matang yang ditanam dalam pasu plastik dan diletakkan di bahagian balkoni kondominium," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Soffian berkata, kedua-dua pokok ganja itu masing-masing berukuran 19 dan 40 sentimeter dan dianggarkan bernilai RM1,180.
Iklan
Beliau berkata, dalam serbuan itu juga polis turut menahan isteri suspek berusia 36 tahun yang merupakan kerani di stesen minyak tempat suaminya bekerja.
Katanya, polis turut merampas baja yang dipercayai untuk kegunaan penanaman pokok ganja itu, kenderaan jenis Proton Exora serta wang tunai.
"Hasil soal siasat dijalankan lelaki berkenaan mengaku sekadar mencuba menanam pokok itu selepas mendapati ada biji benihnya di dalam paket ganja kering yang dibelinya sebelum ini.
"Selain itu, dadah yang dirampas dalam milikan serta di kediaman itu dikatakan untuk kegunaannya sendiri, namun kita akan menjalankan siasatan sama ada suspek terlibat dalam pengedaran atau sebalik memandangkan jumlah dadah yang dirampas agak banyak," katanya.
Beliau berkata, keseluruhan nilai dadah dan aset yang dirampas berjumlah RM35,591.
Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan pasangan berkenaan kini direman sehingga 19 September untuk siasatan lanjut.
BERITA SEMASA 29 APRIL 2024
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin akan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Selasa, atas satu pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin, dia yang lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Sedangkan katanya, hantaran di laman sosial, Facebook itu ialah berhubung pembukaan kasino yang dilaporkan beberapa media Antarabangsa.
Badrul Hisham berkata, disebabkan hantaran berkenaan, dia akan diheret ke muka pengadilan, namun berbeza dengan laporan media antarabangsa, yang tidak diusik sehingga ke hari ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661916/berita/semasa/chegu-bard-akan-didakwa-di-johor-bahru-esok
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #beritasemasa #mahkamah #Che'gubardbergari #kualalumpur