20 ditahan ketika leka berjudi

Iklan
Seramai 20 individu ditahan polis ketika sedang leka berjudi di sebuah premis di kawasan Mak Mandin di sini, tengah malam Sabtu

BUTTERWORTH - Seramai 20 individu ditahan polis ketika sedang leka berjudi dan menonton aktiviti judi di sebuah premis di kawasan Mak Mandin di sini, tengah malam Sabtu.

Iklan
Iklan

Serbuan pada jam 12.10 tengah malam itu dilakukan pasukan petugas Op Covid-19, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) hasil daripada risikan yang dilakukan dan maklumat awam mengenai aktiviti perjudian jenis mahjung dan pakau dijalankan di premis terbabit.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika serbuan dibuat mendapati 10 lelaki sedang leka bertaruh manakala 10 lagi sedang menonton tanpa penjarakan fizikal.

Iklan

Menurutnya, selain terlibat dengan aktiviti perjudian, kumpulan terbabit juga telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negeri (PPN) dengan berkumpul dan melakukan aktiviti tidak dibenarkan.

"Dalam serbuan itu, kami merampas pelbagai peralatan perjudian seperti dua meja kayu berserta alas kertas putih, sembilan kerusi plastik, 66 keping cip pelbagai warna dan 84 buah mahjung.

Iklan

Antara barangan yang dirampas polis.

"Turut dirampas 52 buah blok judi pakau, empat buah dadu dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM8,514," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Noorzainy berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan selama untuk siasatan lanjut.

Katanya, 10 lelaki yang ditahan kerana berjudi akan disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana bermain judi di sebuah rumah perjudian terbuka.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh denda sehingga RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, jelasnya, 10 lagi lelaki yang menonton pula dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2021 kerana berkumpul di dalam premis di kawasan tempatan jangkitan bagi tujuan yang tidak dibenarkan.