Tujuh kawasan di semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari

Iklan
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR -  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia.

Hantaran di Facebook MetMalaysia memaklumkan bahawa antara kawasan yang terlibat ialah Perlis manakala enam lagi di Kedah iaitu daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Baling dan Bandar Baharu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa suhu maksimum harian di kawasan berkenaan dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. - Bernama 

 

Iklan
Iklan