Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1 pagi ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 1 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu diramal melanda Kedah melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik.

Iklan
Iklan

Di Pahang, kawasan terjejas ialah Jerantut, Maran dan Bera, manakala di Negeri Sembilan meliputi Kuala Pilah, Rembau, Jempol serta Tampin.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Johor merangkumi Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru, selain Melaka.

Iklan

Di Sarawak, antara kawasan yang dijangka terkesan ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri serta Limbang.

Sementara itu, di Sabah, kawasan dijangka terjejasmelibatkan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau serta Pantai Barat (Papar). - Bernama 

Iklan