Wen Ken hasilkan Cooltopia

Iklan
Cooltopia tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.

SHAH ALAM – Pengeluar jenama air penyejuk badan terkenal, Cap kaki Tiga Wen Ken Group (Wen Ken) fokus dalam menghasilkan produk penjagaan kesihatan yang lebih mementingkan keperluan pelanggan dengan mengeluarkan produk baharu, Cooltopia.

Coottopia ialah satu produk kesinambungan daripada produk klasik iaitu air penyejuk badan Cap Kaki Tiga.

Iklan
Iklan

Wen Ken dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, Cooltopia atau air penyejuk badan perasa buah itu merupakan sebahagian daripada rangkaian air penyejuk badan di bawah jenama Cap Kaki Tiga.

"Sebagai sebuah jenama turun-temurun, Cap Kaki Tiga berpengalaman lebih 80 tahun di dalam pembuatan air penyejuk badan. Air penyejuk badan Cooltopia Limau membawa percikan limau yang menyegarkan, ia adalah tambahan kepada variasi Coolotpia yang sedia ada, iaitu buah lychee dan buah jambu batu.

Iklan

"Air penyejuk badan Cooltopia ini dapat memberikan anda nikmat yang terbaik dari dua sudut yang berbeza iaitu dapat meningkatkan kesihatan dan dalam masa yang sama juga dapat memberikan rasa sensasi kesegaran daripada buah-buahan,” katanya.

Wen Ken berkata, ia menggabungkan fungsi penyejukan, tidak mengandungi bahan pengawet dan pewarna tiruan.

Iklan

"Terdapat dalam botol 320 mililiter (ml) yang mudah dibawa, ia memberikan nikmat kesegaran sepanjang hari serta pilihan dan penyelesaian yang lebih sihat bagi anda dan keluarga untuk menghilangkan rasa panas badan.

"Cootopia direka khas agar botolnya lebih ringan dan mudah dipegang, ia boleh dibawa ke mana sahaja. Ia boleh didapati di semua farmasi, kedai perubatan Cina, kedai serbaguna, pasar raya, pasar raya besar dan kedai stesyen minyak,” katanya.