Krisis negara tidak halang rakyat sambut Hari Kebangsaan

Iklan
Dr Lim Swee Tin

SHAH ALAM - Situasi negara yang berdepan dengan krisis kesihatan, ekonomi dan politik tidak menghalang rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Budayawan, Dr Lim Swee Tin berkata, pada umumnya rakyat tidak mengambil kira perkara tersebut kerana menyerahkannya kepada orang yang selayaknya menguruskan hal pentadbiran negara.

Iklan
Iklan

"Memang diakui bahawa ada kekangan-kekangan khusus seperti pandemik Covid-19 dengan pelbagai sekatan dan juga perancangan yang dibuat kerajaan.

"Semua itu saya fikir adalah konteks kita untuk menyelamatkan dan tidak mendedahkan rakyat dalam bahaya.

Iklan

"Jadi pada umumnya, saya percaya rakyat masih gembira menyambut Hari Kebangsaan,” katanya.

Wacana Sinar edisi ke-285 yang bertajuk 'Merdeka: Dilema Selepas Enam Dekad' yang menampilkan panelis, Budayawan, Dr Lim Swee Tin; Ketua Pengarah Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Sinar edisi ke-285 yang bertajuk 'Merdeka: Dilema Selepas Enam Dekad' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Turut menjadi panelis, Ketua Pengarah Eksekutif MCPlus Education Sdn Bhd, Sir Shakib dan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian manakala Edlynna Hanie Hamid selaku moderator.

Mengulas lanjut, Swee Tin berpandangan bahawa rakyat memanfaatkan Hari Kebangsaan sebagai langkah untuk mencitrakan jati diri mereka.

"Saya fikir mereka mentransformasikan rasa kebebasan, kemerdekaan dan kegembiraan kita saban tahun menyambut kemerdekaan ini.

"Yang penting sekali, mereka tidak berkompromi pelbagai lapisan rakyat dalam soal kesetiaan bahkan mereka terus memikirkan bahawa kewajipan tugas dan tanggungjawab memperkasakan, memakmurkan dan mengharmonikan negara itu yang lebih utama,” ujarnya.