LBS catat rekod kukuh

Iklan
Hock San

SHAH ALAM- LBS Bina Group Berhad (LBS) mencatatkan rekod kukuh dengan keuntungan sebanyak RM265.9 juta pada suku kedua untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (Q2FYE20) iaitu peningkatan 59 peratus tahun ke tahun dari RM166.9 juta dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

LBS berkata, bagi suku kedua, keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat dua kali ganda kepada RM25.2 juta berbanding RM10.5 juta pada Q2FYE20.

Iklan
Iklan

Menurutnya, LBS mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) meningkat tahun ke tahun, kepada RM19.4 juta berbanding RM2.9 juta untuk Q2FYE20.

"Keputusan suku tahunan yang kukuh didorong daripada permintaan yang berterusan dan kemajuan pembinaan yang konsisten terutama dalam segmen utama perniagaan pembangunan hartanah yang terus menjadi penyumbang terbesar bagi pendapatan syarikat.

Iklan

"Bagi tempoh kewangan enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2021 (1HFYE21), LBS merekodkan hasil signifikan dengan PAT masing-masing sebanyak RM668.5 juta dan RM52.3 juta, iaitu peningkatan keuntungan sebanyak 43 peratus dan 614 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

LBS turut mengekalkan tunai dan setara tunai yang positif sebanyak RM163.6 juta pada 1HFYE21 berbanding RM156.9 juta pada 1HFYE20.

Iklan

LBS berkata, sebanyak 19 projek pembangunan sedang berjalan dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.67 bilion, bank tanah untuk pembangunan akan datang seluas 3,343 ekar dengan anggaran GDV mencecah RM27.2 bilion dan jualan tanpa bil sebanyak RM2.25 bilion.

"Di sebalik cabaran pandemik, LBS masih kekal mencatatkan nilai penjualan yang membanggakan. Sehingga 29 Ogos 2021, LBS memperoleh jumlah penjualan sebanyak RM 728.3 juta dan tempahan dalam jangkaan RM599.8 juta dan berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran penjualan sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2021,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, LBS berjaya memperoleh pendapatan yang tinggi sebanyak RM668.5 juta dan keuntungan selepas cukai RM52.3 juta untuk enam bulan pertama.

"Kami akan berusaha mengekalkan pertumbuhan pendapatan dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi serta tekad mengatasi apa jua rintangan dan cabaran.

"Kini syarikat menumpukan fokus kepada projek-projek pembangunan yang sedang berjalan di KITA @ Cybersouth, Alam Awana, Skylake Residence, Residensi Bintang Bukit Jalil dan Bandar Putera Indah. Lebih daripada 77 peratus pendapatan syarikat diperoleh dari projek pembangunan di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata, kepentingan teknologi turut diberi keutamaan berbanding tahun-tahun sebelum ini dan syarikat akan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat selaras dengan inisiatif digitalisasi bagi mempertingkatkan lagi kelancaran operasi perniagaan.

"Fokus kami terhadap digitalisasi ini dijangka membantu mengukuhkan jualan untuk baki tahun 2021 sejajar dengan rancangan kami untuk melancarkan projek hartanah dengan GDV sebanyak RM1.22 bilion terutamanya di kawasan Lembah Klang,” katanya.