Pencemaran sungai harap tidak berulang

Iklan
Bakri (tengah) ketika meninjau kawasan ladang ternakan ayam di Gemencheh baru-baru ini.

TAMPIN - Langkah pencegahan yang diambil pengusaha untuk mengurangkan pencemaran di kawasan ladang ternakan ayam dekat Air Kuning Selatan di sini wajar dan tepat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Exco Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sembilan, Datuk Ir Bakri Sawir, berpuas hati dengan pembinaan kolam takungan bagi menampung buangan najis dari ladang penternakan itu bagi mengelak aliran ke dalam sungai.

Iklan
Iklan

"Pencemaran Sungai Air Kuning Selatan yang berpunca dari ladang ternakan ayam ini tidak seharusnya berulang dan setakat ini saya berpuas hati dengan langkah pencegahan yang diambil oleh pengusaha ladang ayam," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Tambahnya, pengusaha ladang ternakan ayam itu perlu beroperasi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan tidak menimbulkan masalah lain terutama pencemaran.

Iklan

Bakri yang sebelum ini mengadakan lawatan mengejut di ladang ternakan tersebut berharap pencemaran sungai tidak lagi berlaku bagi memelihara kebersihan air.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebuah ladang ternakan ayam di Air Kuning Selatan, Gemencheh dikompaun RM500 selepas didapati menyebabkan pencemaran air Sungai Air Kuning, 8 Ogos lalu.

Iklan

Kompaun dikeluarkan kepada pemilik ladang itu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mengikut Seksyen 16(1)(b) Enakmen Kawalan dan Pelesenan Penternakan Unggas dan Aktiviti Berkaitan Penternakan Unggas 1996 kerana melepaskan sisa kumbahan unggas ke dalam sungai, parit, anak air dan lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Ladang ternakan ayam dikompaun sebabkan pencemaran sungai