Perlis United FC ke M3

Iklan

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengambil langkah terbaik dengan mewujudkan sebuah kelab bola sepak tempatan diberi nama Perlis United Football Club (PUFC) yang telah berjaya menyertai Liga Malaysia Divisyen 3 atau M3.

Exco Belia dan Sukan, Hamizan Hassan berkata, kelab bola sepak itu dibentuk selaras dengan dasar penswastaan Liga Malaysia oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Iklan
Iklan

"Ia merujuk kepada melakukan pemisahan persatuan negeri (FA) dengan Kelab Bola Sepak (FC),” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks DUN Perlis pada Khamis.

Hamizan (BN-Kayang) berkata demikian bagi menjawab soalan lisan dikemukakan oleh Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) mengenai perkembangan bola sepak Perlis.

Iklan

Hamizan berkata, melalui dasar itu kelab bola sepak mempunyai pemilik tetap yang bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebajikan pemain serta menyusun program pembangunan bola sepak di negeri ini.

"PFA telah mewujudkan sebuah syarikat iaitu Optimus Sports Sdn Bhd bagi mengurus kelab tersebut dan kerajaan Perlis telah memberi sokongan bagi membolehkan kelab ini berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) pada Januari tahun ini,” katanya.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri tidak mencampuri urusan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan dalam PFA dan barisan pengurusan PFA yang baharu ini. - Bernama