Pengurus pusat hiburan dikompaun RM25,000
Iklan
PETALING JAYA - Seorang pengurus premis sebuah pusat hiburan dikompaun RM25,000 manakala tujuh pelanggan dikenakan kompaun RM5,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang pandemik Covid-19 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, ketika serbuan jam 3 petang itu, pengurus pusat hiburan yang merupakan wanita tempatan berusia 40 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan lesen jualan minuman keras yang sah.