Lima lokaliti di Sabah, Johor dikenakan PKPD mulai Jumaat

Iklan
Empat lokaliti di Sabah dan satu di Johor dikenakan PKPD berkuat kuasa Jumaat ini hingga 2 September depan. Foto hiasan

SHAH ALAM - Empat lokaliti di Sabah dan satu di Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa Jumaat ini hingga 2 September depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Sabah membabitkan empat lokaliti iaitu Kampung Tanjong Pagar, Sipitang, Setinggan Kampung Baru Luyang Penampang, Kampung Padang Tembak, Keningau, dan Kampung Jawa, Tawau.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, bagi negeri Johor, kawasan yang terlibat ialah Ladang Sungai Kahang, Kluang.

"Kesemua kawasan yang dikenakan PKPD itu setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam kenyataan yang sama, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di beberapa kawasan di empat negeri iaitu Sabah, Perak, Johor dan Kelantan bermula 19 Ogos ini.

Katanya, bagi negeri Sabah kawasan yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Kuala Mengalong, Sipitang; Perumahan Ladang Mostyn dan Kampung Kasnuri, Kunak serta Kampung Tanjung Aru Lama, University Apartment 1 di Kota Kinabalu.

Iklan

"Kawasan lain yang ditamatkan PKPD ialah di Taman Sri Kebakat, Tumpat, Kelantan; Kampung Belum Baru, Hulu Perak, Perak; Kampung Menteri, Kuala Sepetang, Mukim Matang, Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak; dua Kilang Comfort Rubber Glove iaitu di Matang dan Simpang serta Asrama Kilang Comfort Rubber Glove Hujung Matang di Perak; Taman Puteri, Kluang, Johor.

"Selain itu, Kampung Bukit Merbau, Mukim Bukit Jawa, daerah Pasir Putih; Kampung Baru Pupoh, Pasir Putih dan Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, semuanya di Kelantan," katanya.