Ada pihak 'panas punggung': Nadzim
Iklan
Nadzim Johan
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah arahan pertukaran Pengarah Jabatan Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood yang telah menjalankan tugas cemerlang menerajui operasi Ops Bah.
Arahan pertukaran ke Bahagian Perancangan dan Pembangunan Sumber Air Kementerian Wilayah Persekutuan itu berkuatkuasa serta-merta bermula hari ini.
Iklan
Iklan
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, beliau melihat pertukaran itu disebabkan ada pihak kurang senang dengan kejayaan menentang perbuatan aktiviti haram di Kuala Lumpur.
"Saya pernah berjumpa dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azman menerajui Ops Bah.
Iklan
"Jika beliau (Khalid) sendiri memberi sokongan, siapa yang mempunyai kuasa lebih tinggi di Wilayah Persekutuan untuk mengarahkan perpindahan tersebut?," soalnya.
Nadzim berkata, Ops Bah yang ditubuhkan sejak April 2014 berjaya membanteras aktiviti haram melalui siri operasi dijalankan.
Iklan
"Antara kejayaan besar Ops Bah dengan menyerbu sebuah kelab malam khusus untuk golongan Gay yang beroperasi berpuluh tahun tanpa sebarang tindakan sehinggalah serbuan dibuat.
"Tiada masalah di bawah pengurusannya (Azman), mengapa ada yang panas punggung? Adakah disebabkan susah untuk melindungi aktiviti haram di Kuala Lumpur?," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>