Kira-kira 1,000 penjaja tidak punyai lesen

Iklan
Amran (dua, kanan) ketika menghadiri Majlis Perasmian Fiesta MBJB, di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenal pasti terdapat 500 ke 1,000 penjaja jalanan yang masih belum menerima lesen perniagaan meskipun permohonan sudah dibuat.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Amran A Rahman berkata, perkara itu bukan bermaksud pihaknya enggan meluluskan permohonan tetapi perlunya penilaian teliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga berpunca daripada keengganan penjaja sendiri untuk mematuhi ketetapan majlis bandar raya melibatkan pelbagai aspek terutama keselamatan dan kebersihan.

"Permohonan lesen ini ada senarai semak, ia mudah sekiranya kriteria dipatuhi. Masalah dihadapi atau dibangkitkan ini kebanyakannya daripada penjaja di tepi jalan.

Iklan

"Kita kena teliti kes demi kes kerana perkara ini berkait dengan isu keselamatan dan kebersihan. Kebanyakan penjaja memohon di tempat yang tidak sesuai dan kita tidak boleh sewenang-wenangnya nak melesenkan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Majlis Perasmian Fiesta MBJB di Dataran Bandaraya Johor Bahru, di sini, hari ini.

Iklan

Amran berkata, pihaknya juga memerlukan masa untuk menyemak setiap permohonan yang dibuat memandangkan setiap keputusan diambil perlu dielak daripada merencatkan perancangan bandar raya.

"Kita tidak boleh nak melayan semua sebab ia akan menggangu perancangan bandar, mereka ini merata. Kita tidak mahu nanti penjaja sesuka hati membuka khemah dan letak kerusi meja di tempat tidak sesuai.

"Itulah maksud boleh mencemarkan, ia juga membawa masalah aspek keselamatan lalu lintas, menimbulkan kesesakan dan menganggu keselesaan perumahan," katanya.

Jelasnya, bagi mengatasi masalah itu, MBJB menerusi Unit Jabatan Perancang dan Kejuruteraan telah digerakkan bagi mengenal pasti tapak dan laluan yang sesuai untuk dijadikan kawasan berniaga kepada penjaja ini.

"Kita laksanakan perkara ini dari masa ke semasa, malah kita juga minta Ahli Majlis di zon masing-masing melihat kawasan yang sesuai. Sebelum ini, memang ada tempat kita bina gerai tetapi hanya jadi gajah putih kerana kedudukan tidak strategik.

"Ada masalah lain, binaannya pula tidak sesuia dan sering dipersoalkan penjaja. Jadi perkara ini mengambil masa kita tidak mahu peruntukan dikeluarkan gagal memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.

Dalam masa sama, mengenai permohonan lesen yang telah ditolak, Amran memberitahu, pemohon juga masih boleh membuat rayuan untuk MBJB mempertimbangkan semula.

Bagaimanapun, katanya, permohonan itu haruslah mengikuti kriteria ditetapkan selain pemilihan kawasan yang benar-benar sesuai.