Majoriti rakyat setuju tukar kerajaan baharu: UCSI

Iklan
Majoriti rakyat Malaysia bersetuju untuk menukar kerajaan sedia ada kepada yang baharu bagi menfokuskan kepada strategi melawan pandemik Covid-19.

SHAH ALAM– Majoriti rakyat Malaysia bersetuju untuk menukar kerajaan sedia ada kepada yang baharu bagi menfokuskan kepada strategi melawan pandemik Covid-19.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Pusat Penyelidikan Undian UCSI, sebanyak 69.9 peratus daripada 1,053 responden memilih ‘Ya’ manakala 30.1 peratus lagi memilih tidak untuk soalan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 66.3 peratus daripada responden yang memilih ‘Ya’ untuk membuat gabungan baharu dalam membentuk kerajaan dan selebihnya menyokong Pakatan Harapan kembali berkuasa.

"Sebanyak 46.2 peratus menyatakan bahawa kerajaan baharu perlu fokus untuk melawan Covid-19 manakala 28 peratus memilih untuk memulihkan ekonomi Malaysia. Selain itu, 13.6 peratus menyokong kerajaan baharu perlu mempunyai komitmen dalam memerangi rasuah.

Iklan

"Daripada responden yang memilih ‘Tidak’ kepada Malaysia tidak memerlukan kerajaan baharu, sebanyak 47.9 peratus menyatakan bahawa kerajaan sedia ada perlu dalam melawan Covid-19.

"21.5 peratus pula menyatakan bahawa kerajaan kini tiada beza dengan kerajaan baharu yang akan dibina dan 14.2 peratus bersetuju bahawa kerajaan kini berada dalam keadaan baik sahaja,” ujarnya pada Jumaat.

Iklan

Menurut UCSI, keputusan undian itu menunjukkan orang awam mahukan kerajaan baharu membentuk gabungan baharu.

Jelasnya, pergolakan politik di Malaysia meletihkan rakyat secara emosi lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 dengan kes yang dilaporkan terus meningkat saban hari.

"Menariknya, kedua-dua kumpulan responden ini berkongsi pandangan yang sama sekiranya Malaysia memerlukan kerajaan baharu iaitu, Malaysia perlu fokus pada usaha melawan Covid-19.

"Orang awam bimbang terhadap sistem kesihatan negara serta pemulihan ekonomi yang secara langsung turut memberi kesan kepada mereka terutama dalam tempoh yang mencabar ini.

"Ketidakstabilan politik menyebabkan ketidaktentuan terhadap polisi dan menjadi tanda tanya sama ada kebajikan rakyat diutamakan,” katanya.