Rasuah: Tiga anggota polis dihadapkan ke mahkamah esok

Iklan

SHAH ALAM - Tiga anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas kesalahan menerima suapan berjumlah RM2,000 daripada seorang individu.

Menurut sumber, suspek yang berusia dalam lingkungan 26 hingga 31 tahun itu bertugas di salah sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Selangor.

Iklan
Iklan

"Suspek memperoleh suapan wang tunai daripada individu terbabit supaya tidak melaporkan kesalahan iaitu menjalankan aktiviti yang tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan, seorang penolong jurutera yang bertugas di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dakwaan meminta dan menerima suapan daripada kontraktor.

Iklan
Iklan

"Suspek didakwa meminta dan menerima wang suapan kira-kira RM5,000 daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di sebuah daerah di Selangor," katanya.