Ringgit ditutup tinggi
Iklan
KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Selasa menjejaki harga minyak mentah Brent yang kukuh, kata penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.2185/2215 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.2240/2255 ketika ditutup Isnin.
Iklan
Iklan
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata, mata wang tempatan diniagakan tinggi dalam keadaan China dilaporkan melaksanakan kembali langkah sekatan pergerakan dan membatalkan penerbangan susulan peningkatan semula kes Covid-19 di negara itu.
"Sentimen mungkin didorong oleh kesan limpahan positif dari Indonesia yang menyasar untuk membuka semula ekonominya secara beransur-ansur pada September selepas menteri kesihatan republik itu memaklumkan gelombang jangkitan virus berkenaan telah melepasi kemuncaknya,” katanya.
Iklan
Semasa laporan ini ditulis, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa berada pada AS$73.47 setong.
Sementara itu, semasa penutupan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.
Iklan
Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1223/1247 daripada 3.1256/1272 ketika ditutup pada Isnin serta meningkat berbanding euro kepada 5.0128/0164 daripada 5.0240/0262.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8696/8738 daripada 5.8794/8815 bagaimanapun rendah berbanding yen kepada 3.8638/8666 daripada 3.8554/8571.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>