Kenderaan PM dilihat keluar dari kediaman
Iklan
Kenderaan dipercayai membawa PM dilihat keluar dari kediamannya pada jam 3.40 petang.
KUALA LUMPUR - Kenderaan dipercayai membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari kediamannya di Bukit Damansara di sini pada jam 3.40 petang Sabtu.
Kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna hitam itu keluar dengan sebuah kereta pengiring polis.
Iklan
Iklan
Sejak Khamis, kediaman peribadi Muhyiddin menjadi tumpuan pengamal media bagi membuat liputan perkembangan terkini politik negara susulan pembatalan Ordinan Darurat pada Isnin lalu.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi pada Sabtu mendapati suasana di hadapan kawasan kediaman Muhyiddin di sini tenang tanpa ada sebarang pergerakan keluar masuk mana-mana pemimpin politik mahupun kerajaan.
Iklan
Hanya sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire putih dengan nombor pendaftaran Sarawak berserta plat menteri dilihat melewati pondok kawalan perumahan tersebut sekitar jam 10.40 pagi.
Kereta berkenaan diiringi sebuah lagi kenderaan yang tertera tulisan setiausaha politik. Kenderaan berkenaan meninggalkan kediaman Muhyiddin kira-kira dua jam kemudian.
Iklan
Khamis lalu, Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang dibuat kerajaan di Parlimen berhubung pembatalan Ordinan Darurat.
Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat berkuat kuasa pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen dan kenyataan yang bercanggah serta mengelirukan di Parlimen.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>