Terkejut keputusan Tok Mat
Iklan
STRERAM
SEREMBAN - Bekas calon PKR Dun Rantau PRU14, Dr S Streram terkejut dan tidak menyangka Datuk Seri Mohamad Hasan memfailkan rayuan pada saat akhir terhadap keputusan petisyen Dun Rantau yang diputuskan tidak sah dan batal.
Menurutnya, keadaan itu seolah-olah memperlihatkan yang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu sengaja melambat-lambatkan proses pilihan raya.
"Saya terkejut bila beliau pada saat akhir buat keputusan untuk buat rayuan kerana sebelum ini nampak begitu yakin untuk hadapi pilihan raya sekali lagi.
"Berdasarkan kenyataannya di media, beliau berkata, rayuan itu hendak bebaskan namanya daripada perkaitan apa yang berlaku pada penamaan calon lalu.
"Saya pelik, apa yang nak dibebaskan? Adakah beliau terlibat dengan halangan terhadap saya pada waktu itu atau sebenarnya sengaja nak lambatkan PRK," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau juga mempersoalkan adakah Mohamad takut dan mula tidak yakin untuk berhadapan PRK yang akan diadakan.
Walaupun belum pasti bila PRK akan diadakan, namun Timbalan Ketua PKR Cabang Rembau itu akan meneruskan gerak kerja yang telah dirancang terutamanya dalam mendekati pengundi.
Semalam, Mohamad menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, memfailkan rayuan terhadap keputusan petisyen PRU14 yang memutuskan kemenangannya di Dun Rantau, tidak sah dan terbatal di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.
Mohamad berkata, rayuan yang dibuat adalah kesinambungan daripada notis rayuan yang difailkan, semalam.
"Rayuan juga difailkan demi kepentingan pengundi di kawasan saya dan sebagai langkah terakhir untuk mempertahankan posisi saya sebagai Adun Rantau,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat kemuka notis rayuan]
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>