Pemberian insentif kepada usahawan terkesan Covid-19

Iklan
Abd Latiff

SHAH ALAM - Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bagi membantu rakyat ketika pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Iklan
Iklan

Susulan itu, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) turut merangka pakej yang bersesuaian bagi membantu rakyat mulai Ogos hingga Disember 2021.

Menterinya, Datuk Abd Latiff Ahmad berkata, lima agensi KPLB yang menyediakan pakej bantuan adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Iklan

"Antara kesan dan impak kepada semua kumpulan sasar terutamanya usahawan dan peniaga kecil di Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) ialah kemerosotan prestasi perniagaan, kemerosotan permintaan dan penawaran produk dan kekurangan stok bahan mentah.

"Selain itu, kesan lain ialah pengeluaran produk yang terhad, kesukaran membayar sewa premis perniagaan dan kesukaran membayar balik pinjaman perniagaan.

Iklan

KPLB sentiasa berusaha untuk membantu usahawan-usahawan dan mereka yang terjejas di bawah agensi-agensi KPLB akibat pandemik Covid-19. - Foto Facebook Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda)

"KPLB sentiasa berusaha untuk membantu usahawan-usahawan dan mereka yang terjejas di bawah agensi-agensi KPLB berikutan pelaksanaan PKP 3.0 dengan mencadangkan beberapa insentif bagi meringankan beban mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Abdul Latiff berkata, secara keseluruhannya insentif-insentif yang ditawarkan oleh LKW bermula Ogos sehingga Disember 2021 termasuklah pengecualian bayaran premis perniagaan, pengecualian bayaran sewa tanah dan penangguhan bayaran sewa rumah.

"Insentif lain ialah penangguhan bayaran balik pinjaman dan menstrukturkan semula serta memperluas program-program keusahawanan di agensi.

Perincian insentif mengikut Lembaga Kemajuan Wilayah.

"Jumlah keseluruhan implikasi kewangan melibatkan lima LKW berjumlah RM5,439,013.08 dan dianggarkan seramai 3,815 individu bakal menerima manfaat ini melibatkan usahawan, penyewa dan peminjam.

"KPLB berharap dengan pelaksanaan insentif ini akan membantu mereka yang terjejas di LKW bagi meringankan beban dan juga meningkat semula ekonomi mereka,” katanya.