Cubaan rentas sempadan 'balik kampung' gagal, 13 PATI ditahan

Iklan
Telefon bimbit dan pasport milik PATI yang dirampas di Teluk Merbau, Sungai Pelek pada Ahad.

SEPANG - Polis menahan warga Indonesia membabitkan 12 lelaki dan seorang wanita di Teluk Merbau, Sungai Pelek di sini kerana dipercayai cuba pulang ke negara mereka melalui jalan laut menggunakan sebuah bot pada Ahad.

Polis turut merampas 10 telefon bimbit pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM5,000.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintenden Rozasin Ramlan berkata, seorang lelaki Acheh dipercayai menerima sejumlah bayaran untuk membawa kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu merentas sempadan negara.

"Perjalanan mereka dipercayai diuruskan oleh lelaki itu dengan bayaran tambang sebanyak RM1,800 bagi setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Kesmua suspek dibawa ke Balai Polis Sungai Pelek untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.