PTPTN fokus beri perkhidmatan terbaik
Iklan
PTPTN menyediakan perkhidmatan dalam talian kepada pelangganya.
SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memastikan pelbagai kemudahan dalam talian (online) disediakan agar urusan pelanggan tidak terjejas walaupun kaunter PTPTN ditutup di seluruh negara.
PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan bagi urusan permohonan pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) disaran menggunakan pelbagai kemudahan online yang disediakan.
Iklan
Iklan
Menurut PTPTN, usaha itu selari dengan hasrat PTPTN ke arah pendigitalan secara menyeluruh dalam penyampaian perkhidmatan awam bersifat hujung ke hujung.
"Pelajar yang berhasrat untuk memohon pinjaman PTPTN, permohonan (termasuk pembelian ID PTPTN) boleh dibuat secara online melalui portal rasmi PTPTN. Selain itu, semakan wang pendahuluan pinjaman boleh disemak di laman web PTPTN.
Iklan
"Bagi permohonan pinjaman yang telah diluluskan, pelajar hanya perlu menghantar dokumen tawaran dan perjanjian pinjaman melalui pos ke ibu pejabat PTPTN di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
PTPTN turut memberikan kelonggaran dengan memanjangkan tempoh bagi penghantaran dokumen tersebut yang diumumkan melalui portal rasmi PTPTN dari masa ke masa.
Iklan
"Pelbagai kemudahan perkhidmatan online disediakan PTPTN kepada peminjam untuk urusan bayaran balik pinjaman. Perkhidmatan yang disediakan di portal rasmi PTPTN ialah bayaran melalui saluran FPX menggunakan akaun bank atau kad kredit, semakan penyata pinjaman, permohonan potongan gaji dan Direct Debit dan perkhidmatan pengesahan baki dan surat penyelesaian hutang.
"PTPTN juga menyediakan perkhidmatan bagi permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman (Perintan Kawalan Pergerakan 3.0), permohonan pengecualian bayaran balik bagi pelajar yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf dengannya dan lain-lain,” katanya.
PTPTN berkata, tidak terhad kepada urusan di portal rasmi sahaja, PTPTN turut menyediakan kemudahan bayaran balik melalui melalui aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay, Shopee, BESTPay, KiplePay dan KelantanPay dan perbankan internet seperti JomPay dan bank-bank terpilih serta perkhidmatan e-Pay turut disediakan di terminal lokasi terpilih.
"Pelanggan juga boleh membuka akaun dan penambahan simpanan melalui www.lovesspn.com, saluran FPX dan semakan penyata simpanan, permohonan potongan gaji dan permohonan Direct Debit.
"Pelanggan juga boleh menggunakan kemudahan yang disediakan melalui saluran lain iaitu penambahan simpanan melalui aplikasi telefon mudah alih seperti MyPay, Shopee, BESTPay, KiplePay dan KelantanPay.
"PTPTN sentiasa bersedia dan komited dalam meningkatkan kemudahan online untuk memenuhi keperluan pelanggan," katanya.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT