'Entah-entah kerajaan Ismail Sabri'

Iklan
Tajuddin Abdul Rahman

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membayangkan jika parti itu bekerja keras maka rakyat akan menganggap bahawa negara kini di bawah pentadbiran 'Kerajaan Ismail Sabri'.

Menurutnya, hasil kerja keras yang dilakukan timbalan perdana menteri itu akan memberikan ruang kepada UMNO untuk menguasai kerajaan.

Iklan
Iklan

Oleh itu, jelas beliau, Ismail Sabri perlu diberikan peluang untuk menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri dengan sebaiknya.

"Biar dia (Ismail Sabri) jadi timbalan perdana menteri, kita minta dia kerja kuat-kuat dan pastikan dia sokong parti kita, dan kerja yang dilakukan sampai kepada rakyat.

Iklan

"Kerajaan sekarang, bukan kerajaan Muhyiddin.

Entah-entah kerajaan Ismail Sabri.

Iklan

Biar dia buat kerja dan kita sampaikan.

"Saya nak Muhyiddin pun rasa benda ini.

Dia akan beri lebih banyak tugas kepada Ismail Sabri.

Ini masanya nak tunjukkan UMNO ini yang menguasai kerajaan, yang membela rakyat dan parti,” katanya dalam satu rakaman audio pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Itu memang suara saya, kata Tajuddin

Tajuddin mengesahkan rakaman audio percakapan mirip suara beliau sewaktu mesyuarat MKT Rabu minggu lalu yang tular sejak Isnin malam, adalah sahih.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Salak itu, beliau terpanggil untuk mengesahkan butiran rakaman audio tular berdurasi 15 minit itu, bagi mengelakkan dakwaan fitnah.

Mengulas lanjut, Tajuddin tidak bersetuju terhadap tindakan untuk menarik sokongan ketika waktu sukar ini kerana dikhuatiri parti itu gagal dalam mengawal pandemik Covid-19.

"Kita jangan cakap benda yang kita tidak buat dan tidak boleh buat.

Kita mahukan UMNO memimpin. Tunggu masanya.

"Tak sampai lagi lima enam bulan, hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Pilihan raya kita menang, kita akan jadi perdana menteri.

"Perkukuhkan jentera pilihan raya, menangkan pilihan raya.

Baru kita jadi teraju kepada kerajaan.

Kita jadi perdana menteri, timbalan perdana menteri, jadi itu, jadi ini,” ujarnya.