Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka hari ini
Iklan
KUALA LUMPUR - Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun ke bawah boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula hari ini iaitu tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.
KWSP pada Ahad memaklumkan, permohonan boleh dibuat melalui icitra.kwsp.gov.my dan ahli dinasihatkan memastikan nombor telefon bimbit mereka sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP) serta mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.
Iklan
Iklan
Melalui I-Citra, ahli yang layak boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua-dua Akaun 1 dan 2.
"Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan EPF Media Desk, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP pada Ahad.
Iklan
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula bulan depan.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Iklan
Ia merupakan inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.
Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara-cara membuat permohonan, ahli-ahli boleh merujuk saluran komunikasi rasmi KWSP, laman webnya di www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan"><meta itemprop="description" content="Tarif elektrik: Kerajaan perkenal konsep bayar ikut penggunaan tahun depan
Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800549/berita/nasional/tarif-elektrik-kerajaan-perkenal-konsep-bayar-ikut-penggunaan-tahun-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #TarifElektrik"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T06:07:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P108S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnlc1q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnlc1q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnlc1q"></script>