‘Tak semudah itu lepas jawatan’
Iklan
Mesyuarat kabinet Kerajaan PN. -Foto fail Bernama
SHAH ALAM - Menteri dan timbalan menteri UMNO diramal terus kekal dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun parti itu bertindak menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, jangkaan itu berdasarkan ikrar menteri dan timbalan menteri UMNO sebelum ini untuk menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin sehingga pilihan raya umum seterusnya.
Iklan
Iklan
"Saya berpendapat menteri dan timbalan menteri UMNO ini tidak akan meletakkan jawatan dalam kabinet disebabkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
"Mereka tidak akan sewenang-wenangnya bertindak sedemikian atas rasa tanggungjawab terhadap kestabilan kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada awal pagi Khamis mengumumkan parti itu menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta.
Ahmad Marthada menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan ahli kabinet daripada UMNO sebelum ini seperti Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dan beberapa pemimpin parti itu jelas menyatakan bahawa mereka tetap menyokong kerajaan.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan PN belum runtuh, sokongan 32 MP BN tidak berganjak
Menurut beliau, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut menyatakan pendirian memberi sokongan kepada kerajaan Persekutuan demi mempertahankan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang membentuk kerajaan negeri.
"Kita kena faham dalam MKT, majoriti mereka bukan ahli Parlimen dan mereka bukan dalam kerajaan.
"Jadi sebab itu, mereka tiada rasa tanggungjawab untuk memastikan kestabilan kerajaan dapat terus dipelihara.
"Apa yang dapat kita lihat, majoriti menteri dan timbalan menteri daripada UMNO ramai menyatakan sokongan kepada kerajaan secara terbuka kerana mengambil kira keadaan ketika ini yang tidak sesuai untuk menarik diri,” katanya.
Muka hadapan Sinar Harian
Beliau menjelaskan, keputusan dibuat MKT itu juga boleh dipersoalkan sama ada ia benar-benar suara akar umbi UMNO atau hanya suara sebahagian pemimpin yang mempunyai agenda tertentu.
Dakwanya, apa yang jelas dapat dilihat kebanyakan mereka mempunyai agenda tersendiri kerana ada antara mereka tergolong dalam pemimpin kluster mahkamah, tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kabinet atau bukan merupakan ahli Parlimen.
"Kita juga dapat lihat bagaimana MKT membuat keputusan dengan membelakangkan kepentingan pemimpin-pemimpin parti yang lain.
"Biarpun apa juga keputusan dibuat, kita kena ingat bahawa pembentukan kerajaan adalah berdasarkan sokongan ahli Parlimen dan sokongan ini berdasarkan kepada pendirian individu bukan parti,” katanya.
Justeru, tegas beliau, sekiranya Perdana Menteri masih memiliki majoriti mudah, maka secara tidak langsung kerajaan PN yang ada sekarang masih lagi stabil.
ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa
Rakyat kelaparan, pemimpin politik sibuk 'bertumbuk'
Kerajaan PN tidak tergugat sama sekali
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.