7,330 calon di Sabah lulus penuh STPM
Iklan
Mistirine
KOTA KINABALU - Seramai 7,330 calon mendapat lulus penuh dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2020 di Sabah.
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Dr Mistirine Radin berkata, bilangan calon yang menduduki STPM pada tahun 2020 ialah 7,409 orang berbanding 7,036 orang pada 2019.
Iklan
Iklan
Katanya, maklumat itu menunjukkan ada peningkatan calon seramai 373 orang iaitu atau 5.30 peratus.
"Seramai 7,330 orang calon mendapat lulus penuh atau 98.93 peratus berbanding seramai 6,956 orang calon atau 98.86 peratus pada 2019 dan ini menunjukkan peningkatan pencapaian peratus lulus negeri sebanyak 0.07 peratus.
Iklan
"Dari segi pencapaian individu, seramai 72 calon pada tahun 2020 berjaya memperoleh Pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 (straight As) berbanding seramai 51 orang pada tahun 2019. Ini menunjukkan peningkatan seramai 21 calon," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah Mistirine lagi, Gred Purata Nilai Kumulatif (GPNK) bagi Sabah pada tahun 2020 ialah 2.71 berbanding 2.67 pada 2019.
Iklan
"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.04 mata gred manakala perbezaan GPNK antara negeri dan negara adalah sebanyak 0.07 mata gred pada tahun 2020 berbanding 0.10 pada tahun 2019 dan menunjukkan perbezaan GPNK semakin mengecil," katanya.
Beliau turut berkata, sebanyak 58 sekolah di Sabah mencapai kelulusan 100 peratus pada tahun 2020.
"Selain itu, sebanyak 98 sekolah kerajaan iaitu melibatkan 102 buah pusat peperiksaan STPM dan sebanyak 25 pusat peperiksaan terletak di kawasan bandar dengan pencapaian lulus sebanyak 99.46 peratus.
"Sebanyak 77 sekolah di luar bandar pula mencapai lulus sebanyak 97.44 peratus. Ini menunjukkan jurang perbezaan lulus antara bandar dan luar bandar iaitu 2.02 peratus," katanya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.