Langgar SOP, empat kilang dikenakan tindakan
Iklan
Mohd Said pada sidang akhbar selepas pemeriksaan Ops Patuh SOP di Senawang pada Khamis.
SEREMBAN - Tiga kilang dikenakan kompaun, manakala sebuah lagi diarahkan tutup dalam ops pematuhan di kawasan perindustrian Senawang pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kegagalan pekerja memakai pelitup muka, tidak mendaftar masuk ke kilang sama ada menggunakan buku daftar atau MySejahtera.
Iklan
Iklan
Katanya, terdapat juga kegagalan pemilik premis menyediakan laluan keluar masuk dengan tiada penjarakan satu meter serta majikan membenarkan had kapasiti melebihi 60 peratus kehadiran pekerja.
"Ops pematuhan SOP kali ini kita memberi fokus kepada kawasan kilang, sebanyak 12 kilang telah diperiksa, dan daripada jumlah itu empat kilang dikenakan kompaun kerana langgar SOP termasuk arahan penutupan selama tujuh hari kerana didapati melakukan kesalahan berulang.
Iklan
"Kita akan sentiasa melakukan operasi penguatkuasaan pematuhan SOP ini secara berterusan khususnya dalam industri bagi memastikan semua pengusaha mematuhi arahan yang ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 di kawasan perindustrian Senawang pada Khamis.
Iklan
Hadir sama, Pengarah Keselamatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sembilan, Roslin Abd Hamid dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Faid Abd Rashid.
Mohd Said berkata, tindakan kompaun, notis dan arahan penutupan premis diberikan kepada individu serta pemilik premis mengikut kategori dan jenis kesalahan di bawah Peraturan 17, P.U (A) 278/2021, iaitu Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 4) 2021, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Ops bersepadu tersebut disertai oleh 80 anggota penguat kuasa termasuk MKN Negeri Sembilan, Majlis Bandaraya Seremban, MITI, Jabatan Kesihatan Negeri, dan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan, katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>