MAIS bantu 236 keluarga terkesan pandemik Covid-19
Iklan
Izhar Ismail (kanan) memberi sumbangan kepada RSAFM untuk disalurkan kepada keluarga yang terjejas pandemik Covid-19 di sekitar Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan bantuan kepada 236 penerima yang terkesan dengan pandemik Covid-19 terutama golongan B40, mereka yang dibuang kerja, hilang pendapatan atau diberikan cuti oleh majikan.
MAIS menerusi satu hantaran di Facebook menjelaskan bantuan keseluruhan berjumlah RM23,600 itu dihulurkan untuk membantu keluarga yang terkesan di sekitar daerah Sepang, Gombak dan Kuala Selangor.
Iklan
Iklan
Menurut hantaran tersebut, setiap keluarga menerima bantuan berbentuk set makanan asasi bernilai RM100 berupa beras, minyak, gula dan makanan kering yang lain melalui peruntukan fidyah MAIS.
Turut hadir dalam edaran fidyah tersebut ialah Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Suhaimi Ismail, Ketua Audit Dalam MAIS, Zaharudin Salim dan Penolong Pengurus Zon A MAIS, Izhar Ismail.
Iklan
"Bantuan disampaikan melalui Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS termasuk Surau Al Hijrah, Masjid Al Iman, Sekolah Rendah Agama Desa Putra, Maahad Hafiz Jeram, Masjid Darul Falah, Darul Ulum Zaiyadai, KAFA Integrasi Taman Melawati dan Tahfiz Surau Al Aziziah.
"Untuk umat Islam di Selangor yang hendak melaksanakan bayaran fidyah secara dalam talian bolehlah layari http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php.
Iklan
"MAIS mengucapkan terima kasih atas bayaran fidyah yang telah dilaksanakan oleh masyarakat Islam di Selangor,” kata hantaran tersebut pada Rabu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>